اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
PENGAKHIRAN SEBUAH PENDERITAAN
Akhirnya setelah beberapa tahun aku dah selesai buat rawatan akar ni, baru aku rasa terpanggil untuk kongsi dua perkara yang terjadi selepas selesai rawatan gigi enam tahun dulu. Sebelum kita pergi jauh, aku nak bagitahu yang selepas rawatan akar Fasa 1 tu, GIGI DAH TAK RASA SAKIT dan aku boleh menikmati aiskrim tanpa rasa ngilu langsung. Terlebih dahulu aku nak minta maaf sebab lama sangat tak kemaskini blog ni dan hari ni baru terasa nak buat semula lepas baca komen-komen yang tanya dekat blog lama tu dan mungkin entri kali ni aku nak kongsikan pengalaman yang berlaku sepanjang selepas selesai rawatan akar Fasa 1 dan Fasa 2.
FASA 2:
Sebelum aku sambung cerita ni aku nak minta maaf dulu kalau ada yang tersalah cerita sebab yela kan proses ni dulu enam tahun lepas cuma aku cerita mana yang aku ingat jela ya.
(dari entri lepas)...Lepas ubat tu dah dimasukkan dalam gigi yang rosak tu, doktor akan tampal lubang yang terbuka tu dan aku diarahkan untuk datang sekali lagi pada selang tiga hari. Jadi pada hari yang dah dibuat temujanji dengan klinik tu aku pun datang ke klinik gigi untuk sambung rawatan akar gigi aku. rupanya pada fasa yang kedua ni, Dr gigi tu cakap datang untuk untuk tutup lubang gigi tu secara tetap, bermaksud lepas tutup tu gigi kita dah tak akan rasa sakit dah. Aku ada tanya Dr tu kenapa tak terus tutup je lepas fasa 1 dulu tu lepastu Dr tu terangkan yang nak tengok kalau ada sakit lagi lepas rawatan yang pertama tu boleh diperbetulkan sebab yela kan dah tutup nanti nak buka balik dah satu kerja lagi menyusahkan Dr dengan kita ni yang nak menanggungnya nanti. haha.
Dr tu ada cakap yang kalau nak tutup ni ada dua kaedah:
1. Kaedah tampalan
- Kaedah ni paling senang dan paling jimat. Tapi macam semua benda yang murah ni jarang ada yang tahan lama yela kan harga pun murah lepas tu tampal pun macam biasa je.
2. Kaedah "crowning"
- Kaedah ni paling bagus, paling tahan lama dan paling mahal la semestinya. Kaedah ni juga adalah satu proses selepas tampalan biasa yang kita buat untuk kaedah pertama tadi. Untuk kaedah crowning ni sebenarnya dia macam buat satu lapisan gigi kekal yang baru dekat atas akar gigi yang telah dirawat tadi dan kaedah ni mahal sebab tahan lama dan berkesan untuk jangka masa yang sangat panjang.
Masa tu aku ni student jadi secara automatiknya aku pilih kaedah yang pertama sebab nak senang dah jimat duit. haha. Ada yang aku nak kongsikan pengalaman aku selepas tampalan aku ni yang jadi selepas empat tahun dah buat tampalan gigi tu.
Untuk lebih memahami kaedah rawatan akar ni, aku akan kongsikan satu video yang aku jumpa tentang rawatan akar ni yang dalam bahasa Malaysia oleh ML Studios, korang boleh klik sini
https://www.youtube.com/watch?v=b0r9XGUonLk
4 TAHUN SELEPAS
Jadi yang aku nak kongsikan dekat sini selepas empat tahun aku dah selesai buat rawatan akar ni, ada satu perkara yang berlaku dekat tampalan gigi tu selepas 4 tahun aku pilih untuk buat tampalan biasa sebab yela kan murah. Aku akan cerita ikut sedikit kronologi la supaya korang lebih faham bila baca ni nanti.
1. Gigi terasa bergoyang
Ni permulaan yang terjadi selepas sekian lama dah siap buat rawatan akar dan aku sendiri dah lupa yang gigi ni dulu pernah sakit. Jadi bila dia rasa macam gigi ni dah bergoyang aku pun macam dah pasrah la kan mungkin dah tiba masa dia untuk aku perlu cabut gigi ni. Tapi masa tu aku tak pernah terfikir yang ini semua terjadi sebab dulu aku pilih untuk buat tampalan biasa je lepas selesai rawatan akar tu.
2. Rasa tak selesa bila menguyah
Ni pun lebih kurang la perasaan dia macam gigi bergoyang tu, cuma kali ni aku rasa la yang gigi aku tu tak selesa bila menguyah lagi-lagi kalau menguyah benda yang liat macam urat, daging dan selipar saiz 7(haha gurau je). Dan aku satu perkara yang jadi yang aku ingat sampai hari ni, masa tu aku makan kacang bagus yang aku beli dekat kedai apek dekat kampung aku dulu.
3. Tampalan tercabut
Ni memang sumpah kelakar, korang bayangkan tengah-tengah aku duk menguyah kacang tu aku rasa sendiri tampalan gigi tu terbuka. Bila dah terbuka tu aku rasa gigi tu kosong. Disebabkan dah buat rawatan akar dulu tu, walaupun gigi tu terbuka tapi tak rasa sakit pun sebab gigi tu dah mati dah. Cuma aku masa tu tak tahu nak buat apa aku letak balik tampalan tu dekat gigi tu (bila pikir balik sekarang macam pengotor pulak, haha).
Jadi bila dah tercabut tu takkan aku nak buat tak tahu je kan, jadi aku pun pergi ke klinik swasta berdekatan rumah aku masa tu untuk buat tampalan semula. Masa ni Dr tu cakap sebaiknya dah buat crowning sebab tampalan dah tercabut dan aku tanya Dr tu berapa kos dia, Dr tu cakap lumayan la kosnya tu semestinya. Jadi aku pun tanya semula Dr tu ada alternatif rawatan lain tak dan Dr tu cakap boleh je nak buat tampalan semula tapi kali ni dia nak letak satu batang besi (dalam gambar bawah tu ada tulis 'post') bagi pegang tampalan tu lebih lama dari tampalan biasa. Disebabkan kalini aku buat tampalan dekat klinik swasta jadi kos rawatan pun dalam dua ratus lebih la dan sebenarnya sangat jimat berbanding kalau buat crowning yang kosnya korang boleh google sendiri la dalam range 1k dan ke atas. huhu
Jadi sekarang ni dalam gigi aku ada sebatang besi yang memegang tampalan tu dari tercabut. Untuk lepas ni memang aku target dah nak buat "crowning" kalau tampalan kali ni tercabut sebab dah kerja dan aku malas nak fikir pasal tampalan gigi ni dah lepas ni. haha.
Terima kasih dekat semua yang sudi la singgah baca blog ni dan aku doakan yang mana tengah sakit gigi tu untuk terus bersabar dan jangan lupa pergi ke klinik sebab sakit gigi ni kalau dah melibatkan saraf tu memang teramatlah sakit dan boleh memberi kesan satu badan. Terima kasih sekali lagi semua. Doakan yang terbaik untuk aku untuk masa hadapan.
No comments:
Post a Comment