اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Apa yang Aku tuliskan pada entri blog aku kali ni adalah sepenuhnya pengalaman aku menanggung kesakitan akibat kesan kaviti yang melampau. Ilmu yang Aku nak kongsikan kali ni adalah ilmu yang aku perolehi serta ilmu yang aku faham sepanjang menjalani rawatan akar ataupun canal rooting. Dan Aku akan cuba terangkan apa sebenarnya kesan kaviti jika tidak dirawat dan aku akan terangkan sedikit tentang rawatan akar. Penerangan ini aku olah dari ilmu dan pengalaman aku sendiri sebagai pesakit dan menerima rawatan akar.
Bermula Bulan 9 sehingga Bulan 12 tahun 2015 adalah satu tarikh yang tak akan aku lupa. Banyak perkara yang terjadi, Aku diterima masuk sebagai pelajar UniMAP, sakit gigi, motor rosak dan banyak lagi. Tapi dalam blog aku kali ni, aku nak cerita pengalaman aku mengalami sakit gigi yang luar biasa dalam kehidupan aku. Kesakitan yang aku alami hanya untuk mempertahankan gigi kekal yang jika dicabut maka hilanglah aku satu gigi geraham yang penting untuk aku makan. Alhamdulillah berkat kesabaran aku, gigi tu ada lagi. Yeay!
GIGI ROSAK
Februari 2015,
Aku dah perasaan yang ada kaviti(yang macam dalam iklan colgate tu) terjadi di celahan gigi geraham aku. Disebabkan kurang pengetahuan dan kesedaran mengenai kaviti ni jadi aku pun buat tak tahu je dengan gigi tu. Aku tak tahu pun kesan jangka masa panjang dia sangatlah menyakitkan.
Julai 2015,
Keadaan gigi yang mempunyai kaviti tu dah jadi makin teruk. Gigi menjadi rosak dan terhakis. Tapi aku masih tak ambil kisah tentang keadaan gigi tu disebabkan sikap malas dan memandang mudah masalah gigi ini.
BERMULA SAKIT GIGI
September 2015,
Pada pertengahan bulan ini aku ingat lagi masa aku sedang makan Chicken Chop di Teluk Cempedak yang harganya murah dan mempunyai kuantiti yang banyak. Masa tu tengah makan dengan abang aku yang baru balik dari Jordan dan kitorang baru je lepas tengok bola dekat Stadium Darul Makmur. Hogoh Pahang Hogoh! Tapi itu bukanlah ceritanya, jadi masa tengah makan tu makanan tu terselit di celahan gigi yang terhakis tu dan masa aku menguyah tu terasa macam ada renjatan letrik dari gigi aku yang rosak tu terus ke otak aku. Terus je lepas tu aku tak lalu nak makan sebab sakit dia yang membuatkan aku hilang selera makan.
MENGENAL SARAF GIGI
September 2015,
Kesinambungan dari cerita atas tadi, esok harinya aku ke klinik pergigian kerajaan di Temerloh, Pahang. Masa aku jumpa daftar tu aku cerita yang aku sakit gigi dan nak periksa gigi. Lepas doktor dah siap periksa gigi tu aku tanya tentang masalah gigi aku yang sakit tu. Jadi Doktor tu cerita la yang gigi aku dah dijangkiti oleh kaviti dan kaviti tu menghakis lapisan luar gigi aku sampai dah bertemu dengan lapisan dalam. Aku masih tak faham, jadi doktor tu pun tunjuk la gambar ni.
Gambar ni menunjukkan
Gigi yang rosak akibat kaviti
Gigi aku yang rosak tu lebih kurang macam ni la tapi tak la sama cara rosaknya. Tapi apa yang aku nak kongsikan adalah bila makanan tu masuk di celahan ruang gigi yang rosak tu dan bila kita menguyah, makanan tu akan menekan saraf dan saluran darah dalam lapisan bawah gigi kita tu. Dan bila tekanan tu kuat maka saraf kita tu akan sakit dan saraf ni memang berkait rapat dengan otak(siapa belajar biologi dia mesti tahu perkara ni). Dan kesakitan tu la yang aku alami. Dan setelah berbincang dengan doktor, aku membuat temu janji tetapi klinik kerajaan ni korang semua tahu la kan kena tunggu giliran sampai doktor tu dah tak ada temu janji lain. Jadi temu janji yang sepatutnya berlaku adalah pada hujung bulan November. Doktor tu bagi ubat tahan sakit, antibiotik dan ada satu lagi ubat(aku lupa fungsi dia).
Tetapi disebabkan aku dapat tawaran belajar di UniMAP jadi aku terpaksa batalkan temu janji tu dan buat temu janji dengan klinik pergigian di Perlis Indera Kayangan.
KAEDAH TAMPALAN DI KLINIK SWASTA
Oktober 2015,
Disebabkan aku masih baru di Perlis dan sedang menyesuaikan diri, jadi aku ambil masa yang lama la untuk mendapatkan rawatan gigi yang selanjutnya. Walaupun gigi aku sakit tapi apa boleh buat, dah takdir aku ditempatkan di tempat orang yang jauh dari keluarga di Pahang. Jadi bila dah jumpa masa yang sesuai aku pun ambil keputusan untuk ke klinik swasta sebab kesakitan yang melanda gigi aku ni dah tak boleh nak dibendung lagi terutamanya bila aku sedang makan dan makanan tu termasuk di celahan gigi yang berlubang tu. Walaupun aku tahu kos rawatan di klinik swasta memang agak tinggi tapi disebabkan sakit aku ambil keputusan untuk pergi jugak.
Aku tanya doktor tu apa rawatan yang boleh diambil kalau gigi rosak dan saraf dah terdedah. Doktor tu tanya berapa lama dah gigi tu sakit dan aku jawablah sebulan. Jadi doktor tu pun suggest tiga cara untuk merawat gigi rosak ni.
Tiga cara tu adalah:
1. Kaedah cabutan
- Kaedah ni paling mudah dan paling murah. Tetapi kesannya sangatlah mendalam dan berkekalan sebab kita akan kehilangan gigi kekal. Bagi sesetengah orang yang tak kisah akan penampilan memang akan pilih jalan ni.
2. Kaedah Rawatan Akar/ Canal Rooting
- Kaedah ni paling klise ataupun paling biasa akan dicadangkan oleh doktor pergigian. Tetapi malangnya kaedah ni adalah yang paling selamat tetapi nauzubillah harga dia mahal. Kos rawatan rawatan akar/ canal rooting ni boleh mencecah RM600-RM800 mengikut kes. Contohnya kalau gigi rosak sikit, jadi harga dia pun murahlah. Tetapi aku ni student, mana la nak cari duit sebanyak itu.
3. Kaedah Tampalan Lubang
- Kaedah ni sebenarnya adalah kaedah yang hanya sesuai digunakan di peringkat permulaan sakit gigi tu. Cara dia adalah menampal lubang yang terhasil akibat kaviti tu supaya saraf dalam gigi tu tak terdedah. Kaedah ni kos dia tak mahal dan tak murah. Lebih kurang RM90++. Tetapi kaedah ni ada risiko tersendiri. Iaitu kalau kita tampal lubang tu dan saraf kita tu sebenarnya dah rosak jadi lambat-laun terpaksa jugak la buat rawatan akar.
Bagi sesiapa yang mahu memilih antara kaedah rawatan ni melalui kos, Aku cadangkan korang pergi ke klinik kerajaan dan buat rawatan akar kat situ. Di klinik pergigian kerajaan kos rawatan akar/ canal rooting ni lebih kurang RM10-RM50 je. Tapi masalah di klinik kerajaan ni adalah korang harus menunggu giliran untuk buat temu janji dengan doktor gigi tu. Tahan sakit tu sikit kalau nak murah dan jimat.
Aku memilih Kaedah Tampalan Lubang sebab aku tak nak hilang gigi kekal masa muda dan kalau nak buat rawatan akar kat klinik swasta tu nanti makan pasir la jawabnya aku kat UniMAP ni. haha. Alhamdulillah selepas rawatan tu sakit dah kurang tetapi selepas sebulan aku terpaksa jugak membuat rawatan akar/ Canal Rooting di klinik pergigian kerajaan di Perlis ni.
RAWATAN AKAR/ CANAL ROOTING
NOVEMBER 2015,
Setelah sebulan membuat tampalan gigi, pada mulanya aku sangkaan saraf aku tu dah boleh diselamatkan tetapi sangkaan aku meleset. Gigi yang ditampal tu terasa sakit dan kali ini sakitnya bukan sahaja berlaku semasa aku makan, bahkan kesakitan tu aku rasai sepanjang hari. Sepanjang hari aku merasakan seperti ada renjatan di otak sebab saraf aku tu dah mati dan menyebakan berlakunya bengkak di gusi bawah akar gigi yang rosak tu.
Aku akan tunjukkan gambar supaya korang lebih faham apa yang aku nak sampaikan.
Dalam gambar ni ada bahagian Abscess.
Abscess tu doktor bagitau aku nama melayu dia nanah. Nanah ni terjadi bila saraf kita tu mati dan takde tindakan lanjutan yang diambil. Dan aku sebenarnya dah masuk ke tahap saraf hampir mati dan nanah baru nak terjadi. Alhamdulillah aku mendapatkan rawatan awal dan aku terus ke klinik gigi kerajaan di Simpang Empat, Perlis.
Yang ajaibnya di Klinik Pergigian di Perlis ni, orang yang datang tak ramai pon. Jadi Setelah berjumpa dengan doktor gigi kat klinik tu, aku pun buat la temu janji. Ajaibnya, temu janji tu tak sampai seminggu pon. Nak cerita punyalah sikit orang kat Perlis ni, perkhidmatan pergigian dia memang sangatlah pantas dan efisien. haha.
FASA 1
Aku tak tahu macam mana rawatan ni dijalankan tapi aku cerita pengalaman aku kat sini. Fasa yang pertama, doktor tu cabut balik tampalan yang aku buat kat klinik swasta dulu tu(melayang RM90 aku). Lepas tu doktor suntik ubat bius sebelum dia cuci dan cabut akar gigi aku tu. Jangan main gila kalau nak cabut saraf tak suntik ubat bius. Melompat la jawabnya nanti. Lepas dah siap cuci saraf tu, doktor letak kapas yang ada ubat(antibiotik kalau tak silap aku la) dekat tempat saraf yang dah dicabut tu. Ubat tu fungsi dia sebagai mengelakkan kuman membiak dan mencuci saraf yang masih belum dicuci. Lepas ubat tu dah dimasukkan dalam gigi yang rosak tu, doktor akan tampal lubang yang terbuka tu dan aku diarahkan untuk datang sekali lagi pada selang tiga hari.
FASA 2
Maafkan Aku sebab Fasa dua masih belum aku tempuhi, jadi lepas aku dah siap rawatan tu nanti aku update lagi ye. Jumpa lagi! teruskan membaca blog saya! Terima Kasih!
sangat sakit ke ?
ReplyDeleteselepas abis rawatan fasa 1 tu, sakit lagi ke??
ReplyDeleteSakit dah xde sebab gigi tu dah mati
ReplyDeleteSakit tak time dr. cuci akar tu?
ReplyDeleteSaya baru buat rawatan pertama hari ahad minggu lepas. Ari ahad ni plak rawatan kedua. Next sunday insyaAllah last visit. First visit nauzubillah sakit yakmat. 4 kali ke bius. 2 sblm buat treatment, 2 semasa buat treatment. 2 jam lebih penat gilaa nganga mulut. 😅😅
ReplyDeleteNak update lgi
ReplyDeleteHakim tolong update sebab sy tengah kesakitan sekarang
ReplyDeleteNak tanya rawatan akar kalau buat dkt kerajaan mahal tk ?
ReplyDeleteSkali rawatan dlm rm2...
DeleteNak kena buat rawatan akar jugak lah ni huhu azab 😢😢😢😢
ReplyDeleteLps buat rawatan ada mkn antbiotik x..
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum slm sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.
Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 👉🏼 En Mohd Zuhairi- 017 468 7570
2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital👍🏻
3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.
4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
- Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
- Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
- Masalah Keputihan
- Darah Tinggi
- Buah Pinggang
5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit
-Sy share mlalui
pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.
Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.💪🏼
Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
~~~~
▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
~~~~
Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye😉
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn
Note:
ReplyDeleteSAKIT URAT SARAF, LENGUH2 BADAN&
• Jus herba ini boleh mengurangkan sakit2 urat saraf tidak kira usia
• mengurangkan Lenguh2 tumit kaki, tapak kaki, & sukar berjalan akibat kerosakan saraf
• mengurangkan Lenguh2 seluruh badan kerana sakit tua & akibat kerja berat
SUMBER KALSIUM
• Menambah kalsium pada tulang
• Menguatkan semula tulang
KENCING MANIS
• Pesakit kencing manis makin bertambah dlm masyarakat kita.
• Ia blh dihidapi oleh individu tanpa peringkat usia.
• Paling menyedih kan penyakit kencing manis ini boleh merebak ke organ lain iaitu buah pinggang yg blh membawa kerosakan.
•Maka jus herba mampu mengawal dan mencegah kerosakan buah pinggang yang berpunca dari pada penyakit kencing manis kerana risiko kencing manis akan ke buah pinggang akhir nya…memang patut mencegah dari kerosakan buah pinggang
• Amat elok diambil bagi pesakit kencing manis yg bertujuan menjaga buah pinggang.
• Digalakkan mengambil jus herba ini bagi pencegahan serta rawatan awal.
info- Ia bukan lah jus herba yang memanaskan badan anda malah badan anda akan rasa selesa dan tidak panas badan.
-Untuk mendapatkan info lebih lg tentang jus herba ini,sila hubungi en zuhairi. Penerangan akan diberikan setelah anda memaklumkan penyakit yang anda hadapi.maka jus2 herba yg sesuai akn disyorkan.
Order: CALL,WhatsApp @
Encik Mohd Zuhairi -
017468 7570
#sharepadayangmemerlukan
boleh tak gigi yng dh mati akar rapat guna powerchain ?
ReplyDeletesy pegi klinik pergigian kerajaan tapi doktor suruh sy pegi klinik pergigian swasta. katanya kerajaan x buat rawatan akar.
ReplyDeleteMungkin tu klinik kecik.. Cuba pegi klinik gigi kerajaan yg lebih besar.. Diorg boleh buat i. Allah
ReplyDeleteSya pun bru je bt hr ni...sblum bt bius dlu..smpai kebas sebelah hidung..hihi..pastu cuci akar buang saraf..xsakit..lpas dua jam bius dh kurang trus rsa sakit semula..smpai tepksa telan painkiller..xdan 15minit ilg sakit tu..ni dh lpas 5-6jam sakit semula...waaaaa...sya skang tgh pregnt 8bulan +++ tkot nya nak ambil ubt painkiller sgt..tp rsau juga baby stress sb sya menahan sakit sendiri..
ReplyDeleteLepas tu ok x sis gigi tu?
Deleterwatan akar ambil masa berapa hari nk siap?
DeleteKalau dah buat tampalan kekal, lepas tu baru nk buat yang cuci saraf tu boleh ke?
ReplyDeleteGigi sy berdenyut blk, tp bila pegi klinik gigi td, kena tunggu lagi 2 minggu baru boleh jumpa doktor. Sakit dia dah 2 hari dh tak berhenti2.TT
Asslm...sy dah pergi ke clinic swasta & kerajaan..saje nk tgk apa advise doktor2,sy dah buat temujanji di ukm bahagian clinic gigi..tunggu panggilan...kos rawatan akar di swasta 1k lebih..#pikir dulu..kikikii..di ukm lebih kurang rm500..kalau di swasta mmg rawatan dibuat cepat..tp di ukm kena tunggu giliran tah bila.. Bulan jan 2020 pergi..sampai skrg x panggil2..gigi on off sakit pulak tu...ini kali kalau ukm lambat panggil,sy ambil keputusan pergi ke swasta je... Time sakit tu yg x tahan uittt..😥😥sy lg syg gigi dr syg duit...hahahhah 😂😂doc kata kalau duit x brapa ada..cabut je..tp sy syg gigi uittt..hihii...doc kata gigi bongsu geraham dah menolah gigi sebelah geraham bongsu tu..so tu yg membuatkn akar gigi rosak..#jahat gigi bongsu geraham!😡so,korg yg muda lg..better cabut gigi bongsu geraham,sebelum gigi tu jd jahat!ni mmg dockor2 yg advise!#kalau sy tahu dr dlu mmg sy cabut gigi bongsu geraham nih!tp xpe la..ni pengalaman utk korg..pikir2 kn lah..pilihan di tangan anda...hihii ok bai..sekian..😁
ReplyDeleteSy baru je buat rawatan akar, appointment hari pertama harini. Saya buat di Balakong, Seri Kembangan total RM900. Sedang sakit n nak telan painkiller ni sbb ubat bius dah habis😖
DeleteSeramnya nak buat. Tak tahan sakitt..
ReplyDeleteX sakit pun awak. Doktor akan bius dulu. Then dia akan buang akar gigi tu. Around 30 minit macam tu je. Lepas dh buang akar gigi tu dia tampal balik. Saya buat bulan july hrtu, then smpi sekarang dh tak de masalah gigi sakit.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSebelum ni buat tampalan gigi di klinik swasta habis RM120. Tak sampai sebulan sakit balik tapi lagi teruk sebelum tampal then decide nak cabut je gigi berlubang tu. Hari ni, baru je lepas buat rawatan akar kat swasta habis RM550 untuk 3 kali rawatan. kira murah lah tu. tapi buat kat klinik lain sebab kat klinik rawatan akar tu dia cakap sakit gigi even dah tampal sebab doc yg buat tu tak bersihkan bebetul lubang kat dalam sampai kuman terkumpul dan pergi ke saraf sebab tu sakit. doctor yg rawatan akar ni pun tak suggest saya untuk cabut sebab dia cakap saya muda lagi, gigi masih kuat. sayang kalau cabut sebab nanti kalau dah umur 30 above gigi akan jadi jarang teramat. itu yg decide buar rawatan akar. jumaat depan buat for the 2nd time. now, bius dah habis boleh rasa berdenyut sakit dia. sekejap lagi nak kena telan ubat tahan sakit. btw, rawatan tu tak lama pun dalam 30min je tak silap. tak sakit sebab kasi bius tapi ngilu bila mesin sentuh gigi kita.
ReplyDeleteSy nak tanya. Lepas buat rawatan akar kena buat crowning kan? Boleh tahu brap harga dr caj? Sy da pergi klinik gov. Katanya gov xbuat rawatan akar utk gg belakang. Hanya buat utk gg dpn je.
ReplyDeleteStep pertama rawatan akar dah dibuat.boleh ke jika tak teruskan step yg kedua & seterusnya.
ReplyDeleteNak komen jugak pasal rawatan akar. Sedang jalani jugak. Gigi geraham 1. Rawatan pertama buat masa Oktober 2019 di PPUM. Sekitar Februari 2021 baru dipanggil semula untuk teruskan rawatan. Memang prosedur do sana macam tu, minimum setahun selepas first treatment. Macam saya, sebab saya pilih rawatan yang dijalankan oleh student pergigian yang diselia oleh doktor. Free je. Cuma lama nak tunggu turn. Tapi takde masalah pun lepas daripada first treatment tu sebab akar kat dalam tu dah dibersihkan dan dibuat tampalan kukuh. Setakat ni, dah jalani 4 kali rawatan. Ada lagi lepas ni. Tak sakit pun semasa dan selepas buat. Baru-baru ni jela sakit sebab gigi geraham bongsu kat belah yang sama tengah sakit sampai gusi-gusi area situ membengkak.
ReplyDeleteNak komen jugak pasal rawatan akar. Sedang jalani jugak. Gigi geraham 1. Rawatan pertama buat masa Oktober 2019 di PPUM. Sekitar Februari 2021 baru dipanggil semula untuk teruskan rawatan. Memang prosedur di sana macam tu, minimum setahun selepas first treatment. Macam saya, sebab saya pilih rawatan yang dijalankan oleh student pergigian yang diselia oleh doktor. Free je. Cuma lama nak tunggu turn. Tapi takde masalah pun lepas daripada first treatment tu sebab akar kat dalam tu dah dibersihkan dan dibuat tampalan kukuh. Setakat ni, dah jalani 4 kali rawatan. Ada lagi lepas ni. Tak sakit pun semasa dan selepas buat. Baru-baru ni jela sakit sebab gigi geraham bongsu kat belah yang sama tengah sakit sampai gusi-gusi area situ membengkak.
ReplyDeleteHow to make a hot habanero pepper | Titanium-Arts
ReplyDeleteThe ingredients in your sauces, titanium white rocket league jams, of a habanero pepper with titanium necklace a mild to sweet apple watch titanium vs aluminum heat. Tipe Chili titanium bars Pepper Sauce titanium quartz meaning 5 Fl. Oz.