Monday, 21 February 2022

Sakit Gigi: Masalah Kaviti dan Rawatan Akar Part 2

 

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


PENGAKHIRAN SEBUAH PENDERITAAN

            Akhirnya setelah beberapa tahun aku dah selesai buat rawatan akar ni, baru aku rasa terpanggil untuk kongsi dua perkara yang terjadi selepas selesai rawatan gigi enam tahun dulu. Sebelum kita pergi jauh, aku nak bagitahu yang selepas rawatan akar Fasa 1 tu, GIGI DAH TAK RASA SAKIT dan aku boleh menikmati aiskrim tanpa rasa ngilu langsung. Terlebih dahulu aku nak minta maaf sebab lama sangat tak kemaskini blog ni dan hari ni baru terasa nak buat semula lepas baca komen-komen yang tanya dekat blog lama tu dan mungkin entri kali ni aku nak kongsikan pengalaman yang berlaku sepanjang selepas selesai rawatan akar Fasa 1 dan Fasa 2.


FASA 2:

            Sebelum aku sambung cerita ni aku nak minta maaf dulu kalau ada yang tersalah cerita sebab yela kan proses ni dulu enam tahun lepas cuma aku cerita mana yang aku ingat jela ya. 

(dari entri lepas)...Lepas ubat tu dah dimasukkan dalam gigi yang rosak tu, doktor akan tampal lubang yang terbuka tu dan aku diarahkan untuk datang sekali lagi pada selang tiga hari. Jadi pada hari yang dah dibuat temujanji dengan klinik tu aku pun datang ke klinik gigi untuk sambung rawatan akar gigi aku. rupanya pada fasa yang kedua ni, Dr gigi tu cakap datang untuk untuk tutup lubang gigi tu secara tetap, bermaksud lepas tutup tu gigi kita dah tak akan rasa sakit dah. Aku ada tanya Dr tu kenapa tak terus tutup je lepas fasa 1 dulu tu lepastu Dr tu terangkan yang nak tengok kalau ada sakit lagi lepas rawatan yang pertama tu boleh diperbetulkan sebab yela kan dah tutup nanti nak buka balik dah satu kerja lagi menyusahkan Dr dengan kita ni yang nak menanggungnya nanti. haha. 

Dr tu ada cakap yang kalau nak tutup ni ada dua kaedah:


1. Kaedah tampalan
  • Kaedah ni paling senang dan paling jimat. Tapi macam semua benda yang murah ni jarang ada yang tahan lama yela kan harga pun murah lepas tu tampal pun macam biasa je.
2. Kaedah "crowning"
  • Kaedah ni paling bagus, paling tahan lama dan paling mahal la semestinya. Kaedah ni juga adalah satu proses selepas tampalan biasa yang kita buat untuk kaedah pertama tadi. Untuk kaedah crowning ni sebenarnya dia macam buat satu lapisan gigi kekal yang baru dekat atas akar gigi yang telah dirawat tadi dan kaedah ni mahal sebab tahan lama dan berkesan untuk jangka masa yang sangat panjang.
            Masa tu aku ni student jadi secara automatiknya aku pilih kaedah yang pertama sebab nak senang dah jimat duit. haha. Ada yang aku nak kongsikan pengalaman aku selepas tampalan aku ni yang jadi selepas empat tahun dah buat tampalan gigi tu.


            Untuk lebih memahami kaedah rawatan akar ni, aku akan kongsikan satu video yang aku jumpa tentang rawatan akar ni yang dalam bahasa Malaysia oleh ML Studios, korang boleh klik sini
https://www.youtube.com/watch?v=b0r9XGUonLk


4 TAHUN SELEPAS

            Jadi yang aku nak kongsikan dekat sini selepas empat tahun aku dah selesai buat rawatan akar ni, ada satu perkara yang berlaku dekat tampalan gigi tu selepas 4 tahun aku pilih untuk buat tampalan biasa sebab yela kan murah. Aku akan cerita ikut sedikit kronologi la supaya korang lebih faham bila baca ni nanti.

1. Gigi terasa bergoyang
    Ni permulaan yang terjadi selepas sekian lama dah siap buat rawatan akar dan aku sendiri dah lupa yang gigi ni dulu pernah sakit. Jadi bila dia rasa macam gigi ni dah bergoyang aku pun macam dah pasrah la kan mungkin dah tiba masa dia untuk aku perlu cabut gigi ni. Tapi masa tu aku tak pernah terfikir yang ini semua terjadi sebab dulu aku pilih untuk buat tampalan biasa je lepas selesai rawatan akar tu.

2. Rasa tak selesa bila menguyah
    Ni pun lebih kurang la perasaan dia macam gigi bergoyang tu, cuma kali ni aku rasa la yang gigi aku tu tak selesa bila menguyah lagi-lagi kalau menguyah benda yang liat macam urat, daging dan selipar saiz 7(haha gurau je). Dan aku satu perkara yang jadi yang aku ingat sampai hari ni, masa tu aku makan kacang bagus yang aku beli dekat kedai apek dekat kampung aku dulu.

3. Tampalan tercabut
    Ni memang sumpah kelakar, korang bayangkan tengah-tengah aku duk menguyah kacang tu aku rasa sendiri tampalan gigi tu terbuka. Bila dah terbuka tu aku rasa gigi tu kosong. Disebabkan dah buat rawatan akar dulu tu, walaupun gigi tu terbuka tapi tak rasa sakit pun sebab gigi tu dah mati dah. Cuma aku masa tu tak tahu nak buat apa aku letak balik tampalan tu dekat gigi tu (bila pikir balik sekarang macam pengotor pulak, haha).

            Jadi bila dah tercabut tu takkan aku nak buat tak tahu je kan, jadi aku pun pergi ke klinik swasta berdekatan rumah aku masa tu untuk buat tampalan semula. Masa ni Dr tu cakap sebaiknya dah buat crowning sebab tampalan dah tercabut dan aku tanya Dr tu berapa kos dia, Dr tu cakap lumayan la kosnya tu semestinya. Jadi aku pun tanya semula Dr tu ada alternatif rawatan lain tak dan Dr tu cakap boleh je nak buat tampalan semula tapi kali ni dia nak letak satu batang besi (dalam gambar bawah tu ada tulis 'post') bagi pegang tampalan tu lebih lama dari tampalan biasa. Disebabkan kalini aku buat tampalan dekat klinik swasta jadi kos rawatan pun dalam dua ratus lebih la dan sebenarnya sangat jimat berbanding kalau buat crowning yang kosnya korang boleh google sendiri la dalam range 1k dan ke atas. huhu


            Jadi sekarang ni dalam gigi aku ada sebatang besi yang memegang tampalan tu dari tercabut. Untuk lepas ni memang aku target dah nak  buat "crowning" kalau tampalan kali ni tercabut sebab dah kerja dan aku malas nak fikir pasal tampalan gigi ni dah lepas ni. haha.


Terima Kasih


            Terima kasih dekat semua yang sudi la singgah baca blog ni dan aku doakan yang mana tengah sakit gigi tu untuk terus bersabar dan jangan lupa pergi ke klinik sebab sakit gigi ni kalau dah melibatkan saraf tu memang teramatlah sakit dan boleh memberi kesan satu badan. Terima kasih sekali lagi semua. Doakan yang terbaik untuk aku untuk masa hadapan.

Tuesday, 24 November 2015

Sakit Gigi: Masalah Kaviti dan Rawatan Akar


اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


AKU SAKIT GIGI, 
   
          Apa yang Aku tuliskan pada entri blog aku kali ni adalah sepenuhnya pengalaman aku menanggung kesakitan akibat kesan kaviti yang melampau. Ilmu yang Aku nak kongsikan kali ni adalah ilmu yang aku perolehi serta ilmu yang aku faham sepanjang menjalani rawatan akar ataupun canal rooting. Dan Aku akan cuba terangkan apa sebenarnya kesan kaviti jika tidak dirawat dan aku akan terangkan sedikit tentang rawatan akar. Penerangan ini aku olah dari ilmu dan pengalaman aku sendiri sebagai pesakit dan menerima rawatan akar.

           Bermula Bulan 9 sehingga Bulan 12 tahun 2015 adalah satu tarikh yang tak akan aku lupa. Banyak perkara yang terjadi, Aku diterima masuk sebagai pelajar UniMAP, sakit gigi, motor rosak dan banyak lagi. Tapi dalam blog aku kali ni, aku nak cerita pengalaman aku mengalami sakit gigi yang luar biasa dalam kehidupan aku. Kesakitan yang aku alami hanya untuk mempertahankan gigi kekal yang jika dicabut maka hilanglah aku satu gigi geraham yang penting untuk aku makan. Alhamdulillah berkat kesabaran aku, gigi tu ada lagi. Yeay!


GIGI ROSAK
Februari 2015,
     Aku dah perasaan yang ada kaviti(yang macam dalam iklan colgate tu) terjadi di celahan gigi geraham aku. Disebabkan kurang pengetahuan dan kesedaran mengenai kaviti ni jadi aku pun buat tak tahu je dengan gigi tu. Aku tak tahu pun kesan jangka masa panjang dia sangatlah menyakitkan.
Julai 2015,
    Keadaan gigi yang mempunyai kaviti tu dah jadi makin teruk. Gigi menjadi rosak dan terhakis. Tapi aku masih tak ambil kisah tentang keadaan gigi tu disebabkan sikap malas dan memandang mudah masalah gigi ini.

BERMULA SAKIT GIGI
September 2015,
    Pada pertengahan bulan ini aku ingat lagi masa aku sedang makan Chicken Chop di Teluk Cempedak yang harganya murah dan mempunyai kuantiti yang banyak. Masa tu tengah makan dengan abang aku yang baru balik dari Jordan dan kitorang baru je lepas tengok bola dekat Stadium Darul Makmur. Hogoh Pahang Hogoh! Tapi itu bukanlah ceritanya, jadi masa tengah makan tu makanan tu terselit di celahan gigi yang terhakis tu dan masa aku menguyah tu terasa macam ada renjatan letrik dari gigi aku yang rosak tu terus ke otak aku. Terus je lepas tu aku tak lalu nak makan sebab sakit dia yang membuatkan aku hilang selera makan.

MENGENAL SARAF GIGI
 September 2015,
      Kesinambungan dari cerita atas tadi, esok harinya aku ke klinik pergigian kerajaan di Temerloh, Pahang. Masa aku jumpa daftar tu aku cerita yang aku sakit gigi dan nak periksa gigi. Lepas doktor dah siap periksa gigi tu aku tanya tentang masalah gigi aku yang sakit tu. Jadi Doktor tu cerita la yang gigi aku dah dijangkiti oleh kaviti dan kaviti tu menghakis lapisan luar gigi aku sampai dah bertemu dengan lapisan dalam. Aku masih tak faham, jadi doktor tu pun tunjuk la gambar ni.
Gambar ni menunjukkan
Gigi yang rosak akibat kaviti


Gigi aku yang rosak tu lebih kurang macam ni la tapi tak la sama cara rosaknya. Tapi apa yang aku nak kongsikan adalah bila makanan tu masuk di celahan ruang gigi yang rosak tu dan bila kita menguyah, makanan tu akan menekan saraf dan saluran darah dalam lapisan bawah gigi kita tu. Dan bila tekanan tu kuat maka saraf kita tu akan sakit dan saraf ni memang berkait rapat dengan otak(siapa belajar biologi dia mesti tahu perkara ni). Dan kesakitan tu la yang aku alami. Dan setelah berbincang dengan doktor, aku membuat temu janji tetapi klinik kerajaan ni korang semua tahu la kan kena tunggu giliran sampai doktor tu dah tak ada temu janji lain. Jadi temu janji yang sepatutnya berlaku adalah pada hujung bulan November. Doktor tu bagi ubat tahan sakit, antibiotik dan ada satu lagi ubat(aku lupa fungsi dia).

Tetapi disebabkan aku dapat tawaran belajar di UniMAP jadi aku terpaksa batalkan temu janji tu dan buat temu janji dengan klinik pergigian di Perlis Indera Kayangan.

Sunday, 3 March 2013

Aku Hakim KB



SIAPA AKU?
     
    Nama Aku yang sebenar adalah Muhammad Nur Hakim Bin Termizi. Dilahirkan pada 1Rejab 1415H bersamaan 04 Disember 2015. Merupakan anak jati Pahang Darul Makmur dan sedang merantau belajar di UniMAP di Perlis Indera Kayangan.

HAKIM KB?

    Hakim KB ni sebenarnya gabungan dua nama panggilan aku oleh orang sekeliling. Kawan-kawan di kampung dan saudara-mara memanggil aku dengan panggilan Hakim. Rakan-rakan persekolahan dan kawan-kawan di universiti memanggil aku dengan panggilan KB. Bagi aku, aku tak kisah pon kalau korang nak panggil aku dengan Hakim ataupun KB. Dan aku rasa dengan menggunakan nama samaran KB ni menjadikan aku lebih mudah rapat dan lebih senang untuk orang lain ingat. Dan nama KB ni orang akan cerita sebab tuannya baik dan hensem orangnya. haha

APA MAKSUD KB?

    Ini adalah soalan klise yang akan aku dengar setiap kali aku bagitaw orang untuk memanggil aku dengan nama KB. Ada yang secara terus mentafsir KB tu dengan tafsiran tersendiri dan ada juga yang tanya aku tapi aku suruh diorang teka maksud KB tu sendiri. Dan bermacam-macamlah tafsiran dan tekaan yang kadang-kadang lawak dan aku sendiri tak pernah terbayang. Tapi tak kurang juga yang melawak dengan menggunakan bahasa yang kasar dan aku pun senyum jela.
    Sebenarnya dengan nama aku ni aku boleh mengenal perwatakan seseorang tu. Contohnya yang melawak kasar ni biasanya orang yang open minded, tak berapa serius dan mudah untuk dibuat kawan. Kalau yang jenis orang yang baik biasanya akan tanya KB tu maksudnya apa?