اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Apa yang Aku tuliskan pada entri blog aku kali ni adalah sepenuhnya pengalaman aku menanggung kesakitan akibat kesan kaviti yang melampau. Ilmu yang Aku nak kongsikan kali ni adalah ilmu yang aku perolehi serta ilmu yang aku faham sepanjang menjalani rawatan akar ataupun canal rooting. Dan Aku akan cuba terangkan apa sebenarnya kesan kaviti jika tidak dirawat dan aku akan terangkan sedikit tentang rawatan akar. Penerangan ini aku olah dari ilmu dan pengalaman aku sendiri sebagai pesakit dan menerima rawatan akar.
Bermula Bulan 9 sehingga Bulan 12 tahun 2015 adalah satu tarikh yang tak akan aku lupa. Banyak perkara yang terjadi, Aku diterima masuk sebagai pelajar UniMAP, sakit gigi, motor rosak dan banyak lagi. Tapi dalam blog aku kali ni, aku nak cerita pengalaman aku mengalami sakit gigi yang luar biasa dalam kehidupan aku. Kesakitan yang aku alami hanya untuk mempertahankan gigi kekal yang jika dicabut maka hilanglah aku satu gigi geraham yang penting untuk aku makan. Alhamdulillah berkat kesabaran aku, gigi tu ada lagi. Yeay!
GIGI ROSAK
Februari 2015,
Aku dah perasaan yang ada kaviti(yang macam dalam iklan colgate tu) terjadi di celahan gigi geraham aku. Disebabkan kurang pengetahuan dan kesedaran mengenai kaviti ni jadi aku pun buat tak tahu je dengan gigi tu. Aku tak tahu pun kesan jangka masa panjang dia sangatlah menyakitkan.
Julai 2015,
Keadaan gigi yang mempunyai kaviti tu dah jadi makin teruk. Gigi menjadi rosak dan terhakis. Tapi aku masih tak ambil kisah tentang keadaan gigi tu disebabkan sikap malas dan memandang mudah masalah gigi ini.
BERMULA SAKIT GIGI
September 2015,
Pada pertengahan bulan ini aku ingat lagi masa aku sedang makan Chicken Chop di Teluk Cempedak yang harganya murah dan mempunyai kuantiti yang banyak. Masa tu tengah makan dengan abang aku yang baru balik dari Jordan dan kitorang baru je lepas tengok bola dekat Stadium Darul Makmur. Hogoh Pahang Hogoh! Tapi itu bukanlah ceritanya, jadi masa tengah makan tu makanan tu terselit di celahan gigi yang terhakis tu dan masa aku menguyah tu terasa macam ada renjatan letrik dari gigi aku yang rosak tu terus ke otak aku. Terus je lepas tu aku tak lalu nak makan sebab sakit dia yang membuatkan aku hilang selera makan.
MENGENAL SARAF GIGI
September 2015,
Kesinambungan dari cerita atas tadi, esok harinya aku ke klinik pergigian kerajaan di Temerloh, Pahang. Masa aku jumpa daftar tu aku cerita yang aku sakit gigi dan nak periksa gigi. Lepas doktor dah siap periksa gigi tu aku tanya tentang masalah gigi aku yang sakit tu. Jadi Doktor tu cerita la yang gigi aku dah dijangkiti oleh kaviti dan kaviti tu menghakis lapisan luar gigi aku sampai dah bertemu dengan lapisan dalam. Aku masih tak faham, jadi doktor tu pun tunjuk la gambar ni.
Gambar ni menunjukkan
Gigi yang rosak akibat kaviti
Gigi aku yang rosak tu lebih kurang macam ni la tapi tak la sama cara rosaknya. Tapi apa yang aku nak kongsikan adalah bila makanan tu masuk di celahan ruang gigi yang rosak tu dan bila kita menguyah, makanan tu akan menekan saraf dan saluran darah dalam lapisan bawah gigi kita tu. Dan bila tekanan tu kuat maka saraf kita tu akan sakit dan saraf ni memang berkait rapat dengan otak(siapa belajar biologi dia mesti tahu perkara ni). Dan kesakitan tu la yang aku alami. Dan setelah berbincang dengan doktor, aku membuat temu janji tetapi klinik kerajaan ni korang semua tahu la kan kena tunggu giliran sampai doktor tu dah tak ada temu janji lain. Jadi temu janji yang sepatutnya berlaku adalah pada hujung bulan November. Doktor tu bagi ubat tahan sakit, antibiotik dan ada satu lagi ubat(aku lupa fungsi dia).
Tetapi disebabkan aku dapat tawaran belajar di UniMAP jadi aku terpaksa batalkan temu janji tu dan buat temu janji dengan klinik pergigian di Perlis Indera Kayangan.